Thursday, 20 August 2015

Resepi Chocolate Indulgenge Cake

Assalamualaikum semua :)

Hari nie nak share lagi resepi kek. Yang mana saya dapat dari FB. Thanks for the owner of recipe. Moga Allah membalasnyaa.

Yang mana suka sangat makan kek macam saya bole la kalau nak try. Bahan2 utk kek nie agak mahal sedikit tapi berbaloi sebab dapat makan banyak. Haha. Kalau beli, dah la mahal, dapat satu slice je haaa. Tak cukup :(

Nahhh nie saya nak share mana tau korang rajin nak try buat. Buat utk anak2 ke, husband ke haa kann. Hehe. So let's COOK! ;)

RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Bahan Kek:
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air


Cara:
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih:
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara:
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse:
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara:
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache:
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara:
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis:
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.


And nie la hasilnya lepas di potong. So jom la try. Kalau first try tak jadi tak apa. Jangan cepat give up sebab try an error kann :)

Selamat mencuba all!

Assalamualaikum.

Tuesday, 18 August 2015

Kek Coklat Moist Kukus Dengan Sukatan Cawan "Saya Budak Baru Belajar"

Assalamualaikum W.B.T.

Memandangkan saya baru nak menjinak ke alam "Blogger" nie, so saya nak mintak jasa baik semua orang untuk support saya. Segala hal yang dapat saya kongsikan dengan semua akan saya share dekat sini. Tapi it's not including my personal :D

Untuk semua senior blogger, mohon pencerahan dan bantuan dari kalian. Mudah mudahan Allah dapat membalasnyaa. Aminnnn.

Untuk permulaan, tak ada apa yang special yang nak saya kongsikan, just nak share resepi makanan kesukaan saya. Dah jadi favourite food, kalau makan tiap hari pun tak jadi masalah. Bila dah bole buat sendiri, tak payah susah2 nak beli yang siap, buat dan makan air tangan sendiri je. Lagipun nak practice before one day nak jadi isteri orang. Bak kata orang, "Practice make perfect" :p

Minggu lepas baru je buat untuk "Potluck" kat office sempena sambutan penutupan Syawal 2015. Baru berkesempatan nak share dengan korang sebab baru terniat nak update. Tapi time tu saya buat mini2 je sebab nak jimat sebab staff ramai :D Tapi tak ada gambar nak show kat korang. Tak apa, next time kalau saya buat lagi mini2 tu saya upload okayy. Nie upload gambar yang ada je sebab tak ready nak berblog lagi kan. Saya budak baru belajar :)














Sedikit sebanyak harap dapat share dengan korang semua okay. Resepi nie sangat lah simple sebab tak payah nak runsing kalau tak pandai bake. Saya share kan resepi nie dengan cara kukus je sebab saya pun failed bab bake nie. Haha. Okay lah, Let's COOK! :)

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus kek selama 1 jam
Cara Menyediakan Topping Untuk Kek Coklat Moist Kukus

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

**Kalau nak nampak kek tu menarik lagi, hiaskan lah kek korang dengan apa2 hiasan. tabur coklat rice ke, rainbow manik ke, buah strawberry ke. Wahh sedap! Buah strawberry tu bole celup kat dalam coklat topping kek tu kalau mana yang suka. Wahhhh! Haha :D

 
  














Nahhhhh! Hehe. Then bila dah siap boleh la makan. Saya akan makan lepas dah curahkan topping tu ke atas kek. Feeling masa makan saat tu saya sorang je yang tau okayy. Haha. Penggemar tegar Kek Coklat Moist Kukus. Yang sedap tu sebab saya yang buat sendiri :D

Saya tak ingat mana saya dapat resepi nie dulu time mula2 nak try buat sendiri kek nie. Saya harap tuan punya resepi menghalalkan semuanya. Allah je dapat membalas jasa tuan resepi kek yang sedap nie.

Selamat mencuba korang semua! 

Next time kalau ada hal lagi saya nak share nanti saya akan kembali lagi okay. Stay tuned ;) 

Assalamualaikum W.B.T