Memandangkan saya baru nak menjinak ke alam "Blogger" nie, so saya nak mintak jasa baik semua orang untuk support saya. Segala hal yang dapat saya kongsikan dengan semua akan saya share dekat sini. Tapi it's not including my personal :D
Untuk semua senior blogger, mohon pencerahan dan bantuan dari kalian. Mudah mudahan Allah dapat membalasnyaa. Aminnnn.
Untuk permulaan, tak ada apa yang special yang nak saya kongsikan, just nak share resepi makanan kesukaan saya. Dah jadi favourite food, kalau makan tiap hari pun tak jadi masalah. Bila dah bole buat sendiri, tak payah susah2 nak beli yang siap, buat dan makan air tangan sendiri je. Lagipun nak practice before one day nak jadi isteri orang. Bak kata orang, "Practice make perfect" :p
Minggu lepas baru je buat untuk "Potluck" kat office sempena sambutan penutupan Syawal 2015. Baru berkesempatan nak share dengan korang sebab baru terniat nak update. Tapi time tu saya buat mini2 je sebab nak jimat sebab staff ramai :D Tapi tak ada gambar nak show kat korang. Tak apa, next time kalau saya buat lagi mini2 tu saya upload okayy. Nie upload gambar yang ada je sebab tak ready nak berblog lagi kan. Saya budak baru belajar :)
Sedikit sebanyak harap dapat share dengan korang semua okay. Resepi nie sangat lah simple sebab tak payah nak runsing kalau tak pandai bake. Saya share kan resepi nie dengan cara kukus je sebab saya pun failed bab bake nie. Haha. Okay lah, Let's COOK! :)
Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )
**Kalau nak nampak kek tu menarik lagi, hiaskan lah kek korang dengan apa2 hiasan. tabur coklat rice ke, rainbow manik ke, buah strawberry ke. Wahh sedap! Buah strawberry tu bole celup kat dalam coklat topping kek tu kalau mana yang suka. Wahhhh! Haha :D
Nahhhhh! Hehe. Then bila dah siap boleh la makan. Saya akan makan lepas dah curahkan topping tu ke atas kek. Feeling masa makan saat tu saya sorang je yang tau okayy. Haha. Penggemar tegar Kek Coklat Moist Kukus. Yang sedap tu sebab saya yang buat sendiri :D
Saya tak ingat mana saya dapat resepi nie dulu time mula2 nak try buat sendiri kek nie. Saya harap tuan punya resepi menghalalkan semuanya. Allah je dapat membalas jasa tuan resepi kek yang sedap nie.
Selamat mencuba korang semua!
Next time kalau ada hal lagi saya nak share nanti saya akan kembali lagi okay. Stay tuned ;)
Assalamualaikum W.B.T

No comments:
Post a Comment